Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Sunday, 10 June 2012

Kuarantin

Masuk dewan peperiksaan *tak berapa nak dewan sangat lah. ala ala besar kelas pun ye* pukul 11 pagi Sabtu dengan diiringi pengawas peperiksaan *kakak general office fakulti*. Ouh. Penuh. Ramai rupanya tengah exam. 


Duduk sorang-sorang, meja paling depan, betul-betul depan dinding *nak cium dinding pun boleh*, betul-betul sebelah meja pengawas peperiksaan 
-.-' 
Kedudukan yang tak pernah jadi idaman pun sepanjang hidup ambil final exam kat sini. Selalu nak duduk belakang ke, tepi ke, tengah ke. Heheh.


Dan mesti semua orang yang tengah exam mesti pelik, "Lambat gile budak ni datang exam. Orang lain semua start exam pukul 9 pagi. Takkan budak ni tertido kot?"


Tak tak. Tak terlajak tido pun. Itu lah ciri-ciri istimewa untuk orang yang kena kuarantin masa final exam ye; masa exam istimewa, tempat duduk istimewa, layanan istimewa, pandangan 'istimewa' daripada student lain yang tengah exam. Hahaa. Kena kuarantin bila ada dua subjek atau lebih, clash dalam jadual final exam *saye clash due subjek je ;) *.


p/s: 1st time di kuarantin. Ingat orang sakit je ada kuarantin ni? Theehee~


* gambar tak berkaitan. hee *


Monday, 4 June 2012

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Cepatnyaaa masa berlalu. Dah nak final exam, dah nak habis satu semester. Meh nak kongsi dengan semua doa pendek ni yang saya jumpa kat internet *lupa copy link dye. maaf ! huu*. Mungkin ada yang dah hafal & dah lama amalkan. Mungkin ada yang dah hafal tapi dah lupa balik. Mungkin ada yang belum hafal dan baru nak cuba amalkan. Mungkin juga ada yang belum tahu. Takpe. Belum terlambat lagi. Tak semestinya tyme exam saje baru nak baca. Ringkas saje. Insya-Allah kalian boleh hafal :)

# kalau ada salah ejaan ke ape ke kat doa/terjemahan ni, sila tegur ya :)



a) Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ
Terjemahan“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”



b) Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ
 Terjemahan“ Ya Allah, Lapangkanlah dada (jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.” 


*****


Semoga kalian berjaya dalam peperiksaan !
Mudah-mudahan kalian dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik.
Moga Allah mempermudahkan kalian untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti, termasuk diri saya sendiri.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.


* sumber :  http://www.diskusimaya.com :) *


 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com