بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang”
![]() |
| [ Sumber gambar ] |
Bagaimana kejayaan seseorang diukur?
Guna pembaris papan yang panjang 1 meter macam zaman sekolah rendah dulu? Atau guna pita pengukur yang selalu tukang jahit gunakan itu? Atau pita pengukur yang selalu digunakan oleh tukang rumah? Tak pun pakai tali rafia atau tali tangsi saja.
Dan sekali lagi, bagaimana kejayaan seseorang itu diukur?
Dengan menjadi jutawan, sudah boleh dikira berjaya dari segi harta? Dengan memperoleh PhD dan bergelar profesor, sudah boleh dikira berjaya dari segi akademik? Dengan menjadi usahawan berjaya, sudah boleh dikira berjaya dari segi harta juga? Erm. Mungkin boleh. Itu kejayaan khusus dari segi pemilikan harta atau akademik sahaja.
Tapi, bagaimana dengan kejayaan secara keseluruhan kehidupan seseorang?
Apabila melihat semua anak-anak dalam sesebuah keluarga berjaya belajar hingga ke menara gading dan berjaya menjawat jawatan tinggi di dalam bidang pekerjaan masing-masing, adakah ibu bapa mereka dikira sudah berjaya di dalam kehidupan kerana berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya? Adakah itu boleh dikira pengukur kejayaan?
Bagaimana dengan akhlak? Jika pekerjaan sudah bagus, menjawat jawatan tinggi tetapi akhlak entah ke mana, tidak tahu menghormati orang lain atau orang yang lebih tua, adakah itu dikira berjaya dalam kehidupan? Boleh jadi pengukur kejayaan?
Dari segi ilmu agama pula? Jika telah menjadi usahawan berjaya, memiliki beberapa buah syarikat tetapi amalan seharian yang wajib (cth: solat lima waktu, puasa) gagal untuk dilaksanakan, berjayakah itu?
Habis, mereka yang baik budi pekerti tetapi hanya kerja biasa biasa saja, tidak dikira berjaya di dalam kehidupan? Dipandang rendah? Diperlekehkan?
Ahh. Kenapa aku complicatedkan topik ini.
Jadi....
Bagaimana PENGUKUR KEJAYAAN yang sebenarnya bagi.
Kejayaan yang boleh mengelakkan kita daripada dipandang rendah lagi, atau ditindas sesuka hati, atau diperlekehkan, atau dipandang tidak bernilai, atau dianggap loser..
"Andai aku bukan CEO,
apa aku dikira tidak berjaya?
Andai aku tidak dapat 4.0,
apa aku dikira tidak berjaya?
Andai aku tidak punya kereta BMW,
apa aku juga dikira tidak berjaya?"
Herm....
![]() |
| [ Sumber gambar ] |
*****
Yang pasti,
diri sendiri masih terumbang-ambing,
diri sendiri masih terkapai-kapai,
diri sendiri masih perlukan bimbingan.
Dan,
semoga anda semua berjaya mencapai cita-cita.
*****
♥


