Friday, 23 November 2012

Kacau bilau

[ Sumber gambar ]

Jiwa yang lemah
Jiwa yang goyah
Jiwa yang hilang arah 
Hari esok belum tentu indah
Hari esok belum tentu cukup cerah
Kau harus tabah
Jangan sesekali kau mengaku kalah

*****

Lama tak jenguk blog. Masih belum pandai curi masa untuk kamu. Maaf.

*****

Saturday, 4 August 2012

15 Ramadhan 1433H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Perintah berpuasa:

Sumber :  http://e-sejahtera.com/8.Terkini/PUASA-Bhg2.pdf

Pasti lebih ramai di luar sana yang lebih arif untuk memberi hujahan bagi ayat ini. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu perkara daripada rukun Islam :) Ehh. Intro ala ala ustazah. Huhuu. Tak tak. Saya masih jahil dalam banyak perkara.

Da masuk 15 Ramadhan da. Cepatnyaaa masa berlalu. Lamanya tak post entryyy. Huuu. Bila Ramadhan makin berlalu, makin sedih rasa. Tapi masih ramai kat luar sana yang try nak curi-curi ponteng puasa, makan sorok-sorok, etc.. Sayangnyaaa *sigh*


Nak ambil kesempatan ni, nak ucapkan....


Salam Ramadhan
buat semua umat Islam yang berpuasa
 (✿◠‿◠)

Sumber : Pakcik Google Image ;D



Jangan sia-siakan bulan Ramadhan. Moga kita semua beroleh keberkatan. Selain berpuasa di siang hari, cuba-cuba lah lakukan solat tarawikh. Solat tarawikh; solat untuk berehat-rehat - itu lah yang selalu dipesan kepada kami di surau yang kami hadiri. 


Selain berpuasa di siang hari, korang cuba berbuka puasa secara bersederhana - buat solat tarawikh - bangun bersahur ; rasa sihat. Seriously. Kadang-kadang ada yang ter-missed jugak kan. Huhuh. Takpe. Kita cuba, kita cuba untuk tak tinggal buat semua tu.


*****

Selamat menjalani ibadah puasa (^.^)/

Sunday, 24 June 2012

Lelaki Itu Susah

Sumber: http://saffoffighters.blogspot.com/

Hari ni nak 'salin dan tampal' jep ( copy and paste ). Sila baca dengan gigih. Jumpa kat blog classmate sayang ; http://izzahizzatihamzah.blogspot.com. Dia pun 'salin dan tampal' dari facebook tapi lupa link. Theehee~ Ehh. Izzah saya da balik semenanjung lah. Sedey :( Tak tahu lagi bila dapat jumpa mommy-wanna-be ni. Jaga diri ya. Sebab rindu, saya stalk blog kamu dan curi ini.... :D


Lelaki itu susah.
Jika kamu melayannya dengan baik,
Dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak,
Kamu akan dianggapnya sombong.

Lelaki itu susah.
Jika kamu berpakaian cantik,
Dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya,
Jika tidak,
Dia kata kamu kekampungan.

Lelaki itu susah.
Jika kamu berdebat dengannya,
Dia kata kamu keras kepala,
Jika kamu berdiam diri,
Dia kata kamu tidak ada IQ tinggi.

Lelaki itu susah.
Jika kamu lebih pintar daripada dia,
Dia akan jatuh air muka,
Jika dia yang lebih pintar,
Dia bilang dia hebat.

Lelaki itu susah.
Jika kamu tidak cinta kepadanya,
Dia akan cuba mendapatkan kamu bermati-matian,
Jika kamu mencintainya,
Dia akan cuba meninggalkanmu.

Lelaki itu susah.
Jika kamu beritahu dia masalahmu,
Dia kata kamu menyusahkan,
Jika tidak,
Dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

Lelaki itu susah.
Jika kamu cerewet kepadanya,
Dia anggap kamu seperti seorang pengasuh,
Jika dia cerewet kepadamu,
Itu kerana dia mengambil berat.

Lelaki itu susah.
Jika kamu mungkir janji kamu,
Kamu tidak boleh dipercayai,
Jika dia yang ingkari janjinya,
Dia melakukannya kerana terpaksa.

Lelaki itu susah.
Jika kamu menyakitinya,
Kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu,
Itu kerana kamu terlalu sensitif
Dan terlalu susah untuk dijaga hati.


*****


Tapi, saya percaya, tak semua lelaki sama kan ?
Moga Allah bagi yang terbaik buat saya dan kalian semua.
Yang dapat membimbing, yang dapat menjadi Imam buat kamu.
Insya-Allah.






Sunday, 10 June 2012

Kuarantin

Masuk dewan peperiksaan *tak berapa nak dewan sangat lah. ala ala besar kelas pun ye* pukul 11 pagi Sabtu dengan diiringi pengawas peperiksaan *kakak general office fakulti*. Ouh. Penuh. Ramai rupanya tengah exam. 


Duduk sorang-sorang, meja paling depan, betul-betul depan dinding *nak cium dinding pun boleh*, betul-betul sebelah meja pengawas peperiksaan 
-.-' 
Kedudukan yang tak pernah jadi idaman pun sepanjang hidup ambil final exam kat sini. Selalu nak duduk belakang ke, tepi ke, tengah ke. Heheh.


Dan mesti semua orang yang tengah exam mesti pelik, "Lambat gile budak ni datang exam. Orang lain semua start exam pukul 9 pagi. Takkan budak ni tertido kot?"


Tak tak. Tak terlajak tido pun. Itu lah ciri-ciri istimewa untuk orang yang kena kuarantin masa final exam ye; masa exam istimewa, tempat duduk istimewa, layanan istimewa, pandangan 'istimewa' daripada student lain yang tengah exam. Hahaa. Kena kuarantin bila ada dua subjek atau lebih, clash dalam jadual final exam *saye clash due subjek je ;) *.


p/s: 1st time di kuarantin. Ingat orang sakit je ada kuarantin ni? Theehee~


* gambar tak berkaitan. hee *


Wednesday, 6 June 2012

K.A.W.A.N

Apa itu kawan ?
Macam-macam kita boleh definisikan
Boleh kata kawan itu teman
...
Teman sepermainan
Teman seperjuangan
Teman lepak bila tengah bosan
Teman masa kita nak buat kenakalan atau kejahatan
* HARHAR. gelak jahat :p *
Teman kita layan perasaan
Teman bila kita perlukan sokongan
Teman masa kita kesedihan
Sama-sama teman kita ketawa masa kita tengah kegembiraan
Bila kita dillanda masalah tapi tak tahu nak share dengan siapa kan
Teman datang pinjam kan deria pendengaran
Sambil bagi kata-kata semangat ber-tan tan
Ouh, macam-macam jenis teman !


Tapi yang paling tak boleh tahan
Bila teman tu jadi kita punya lawan
Lagi pedih, bila kawan makan kawan
Sakit ! Sangat sakit, tak dapat nak digambarkan


Mana kita dapat ramai-ramai kawan ?
Eheh, kenal masa kita masih budak hingusan
Atau pun dah masuk sekolah rendah kebangsaan
Ada yang masa tengah dalam tingkatan
Bertambah kawan bila kita lanjutkan pelajaran
Sama jugak bila dah mula masuk alam pekerjaan
Tak pun, guna saje segala kemudahan
Zaman sekarang dah canggih kan
Aaa... Terlanggar bahu kat tepi jalan ?
Pun dah boleh start berkenalan


Tapi kalau lelaki sengaja langgar bahu dengan perempuan ?
Lepas tu minta maaf habis-habisan
Lepas tu phone number bertukar tangan
Macam nak mengurat lah pulak kan
Lepas tu lagi, keluar berpacaran
Last last, sampai ke alam perkahwinan
Erkk ?? Apa yang ku mengarut kan ?
* HAHA ! *


Kadang-kadang kan, kita tak perasan
Selain keluarga yang kita kena utamakan
Kawan pun penting dalam kehidupan
Terpulang pada kita macam mana nak berkawan
Asal kan kita tak tersilap pilih kawan
Yang boleh hancur kan kita punya masa depan


BINTANG, itu yang kita boleh umpama kan
Buat mereka yang bergelar KAWAN
Walaupun kadang-kadang dia hilang dari pandangan
Sebab siang dan malam saling bertukaran
Tak pun dilindungi oleh awan-awan
Tapi dia tetap ada kat atas sana, kita memang tahu kan ?
Macam tu jugak dengan kawan
Sentiasa ada bila kita memerlukan


Kawan,
Walaupun masing-masing dah berjauhan
Jangan sekali-kali dilupakan
Jangan sekali-kali putus hubungan
Ada masa free, boleh keluar jalan-jalan
Borak-borak, lepak-lepak, makan-makan


Ouh, lagi satu pesanan.


Bila kita berkawan,
Kena sertakan keikhlasan
Supaya beroleh keberkatan
Walaupun racun yang kawan taburkan
Tetap madu kita beri sebagai balasan
Dan tak salah bagi pujian kat kawan
Tapi bukan penghinaan
Hargai kawan
Terima kawan seada nya, segala kelebihan dan kekurangan


Moga persahabatan
Akan terus berkekalan
Walaupun bila sampai masa yang telah ditetapkan
Nafas terhenti, mata tertutup rapat dan anggota tidak lagi dapat digerakkan
Doa masih boleh dititipkan


*****


Nota lama, nukilan sendiri, taip semula dan buat sedikit perubahan.
Dedicate juga kat saya punya kawan-kawan.
Terima kasih jadi kan saya salah seorang kamu punya kenalan dan teman.
Minta maaf kalau ada kesalahan dan kesilapan.
Saya sayang saya punya kawan-kawan.


:)




Monday, 4 June 2012

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Cepatnyaaa masa berlalu. Dah nak final exam, dah nak habis satu semester. Meh nak kongsi dengan semua doa pendek ni yang saya jumpa kat internet *lupa copy link dye. maaf ! huu*. Mungkin ada yang dah hafal & dah lama amalkan. Mungkin ada yang dah hafal tapi dah lupa balik. Mungkin ada yang belum hafal dan baru nak cuba amalkan. Mungkin juga ada yang belum tahu. Takpe. Belum terlambat lagi. Tak semestinya tyme exam saje baru nak baca. Ringkas saje. Insya-Allah kalian boleh hafal :)

# kalau ada salah ejaan ke ape ke kat doa/terjemahan ni, sila tegur ya :)



a) Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ
Terjemahan“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”



b) Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ
 Terjemahan“ Ya Allah, Lapangkanlah dada (jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.” 


*****


Semoga kalian berjaya dalam peperiksaan !
Mudah-mudahan kalian dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik.
Moga Allah mempermudahkan kalian untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti, termasuk diri saya sendiri.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.


* sumber :  http://www.diskusimaya.com :) *


Saturday, 2 June 2012

Anda Tidak Bersendirian ツ


Di saat anda rasa diabaikan,
Rupanya masih ada yang cuba memberi perhatian,
Mungkin dalam diam, mungkin juga depan-depan,
Perhatian yang cuba nak ditunjukkan,
Mungkin dengan tinggalkan pesanan,
Mungkin buat panggilan,
Atau hanya dengan melihat dari kejauhan,
Dan mendoakan anda moga diberi kesejahteraan.



Bila anda rasa keseorangan,
Jangan takut, jangan fikir bukan-bukan,
Anda sebenarnya tidak bersendirian,
Masih ada yang sudi untuk teman.



Percayalah dengan penuh keyakinan :)



Dan terima kasih tak terhingga kepada yang berkenaan,
Anda buatkan saya rasa tersentuh dan sedar hidup ini ada keistimewaan,
Setinggi-tinggi perhargaan !


*****


Dan...
Bila berbicara tentang hal kerohanian,
Ya, hanya kepada Allah kita panjatkan kesyukuran dan meminta pertolongan,
Setiap perkara yang terjadi, telah berada di dalam perancangan,
Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah yang memberi sejuta keindahan,
Dan...
Allah tidak membiarkan kita bersendirian :)


Friday, 1 June 2012

Gayu Guru Gerai Nyamai

1 Jun 2012.
Selamat Hari Gawai

Gayu Guru Gerai Nyamai (long life, health and prosperity) 


:)


Bila duduk di Sarawak, terasa kemeriahan mereka nak sambut Hari Gawai.
Banner Hari Gawai, promosi Hari Gawai, cuti umum Hari Gawai.

Hari ni hari Jumaat, cuti umum sempena Hari Gawai.
Kalau kat semenanjung, tak cuti kan?
Tak ada rasa kemeriahan macam ni kan?
Em, check kalendar.
Ouh. Sambutan Hari Gawai 2 hari.
Means cuti sampai hari Isnin lah ni? Lama nya cuti.
Seronok lah cuti. Hee.

Dan semalam kelas terakhir untuk semester ni.
Ramai warga U awal lagi da balik cuti.
Semalam da rasa sunyi.

Betulbetul rasa macam nak cuti Hari Raya / Tahun Baru Cina.
Seriously jakun dengan suasana nak sambut Hari Gawai kat sini. 

Meh tinggal kat Sarawak, baru dapat feel. HEHE.


* terima kasih Google Images :) *


*****
Untung juga sekali sekala berada di negeri orang.
Belajar banyak perkara baru :)


Bersantai di Roundabout

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sharing the sweet moment.
Since some of them will be graduated soon. Insya-Allah.
*nanti tah bila dapat keluar sama macam ni lagi. he*

*picture on the top and most right. from the left : atul . kak yati . kak laily . kak wa*

Ouh. Macam bergambar kat kawasan lapang mana tah. Nampak hijau je.
Keluar yang tak berapa dirancang. Berjalan-jalan di waktu petang 
*few days ago*.
Nak pergi makan & beli barang kata nya.
Ikut saje. Pertama kali keluar dengan mereka. Hee.
Snap gambar sana  sini. Senyumsenyum, gelakgelak.

Tapi hakikat nya,

*ini kawasan roundabout ya. diulang. kat tengah roundabout. huu*

Sedang tersadai kat roundabout laaa...
* roundabout kat sini luas-luas bole main bola sepak :D *
Kereta sewa la ni, habis minyak pulak.
Kat depan U lagi, tak sempat sampai petronas pun. Sobbbs !
Call owner kereta, lambat respon. Ada hal agak nya.
At last, I managed to ask some help from a guy. Just wait for him.

Hampir satu jam kat situ.
Alhamdulillah. That guy sampai. Baru habis kelas katanya
Rasa bersalah. Sure dye berkejar kan? Nak pergi beli minyak lagi. Huu.
Bayar duit dye tolong belikan minyak. Bayar extra. Ikhlas kami belanja.
Tapi dye tolak. Ikhlas membantu. Ambil duit beli minyak je.
So kind of him ! Thank you so much !
Moga Allah murahkan rezeki kamu.
*kalau lah bole letak details that guy kat sini sebab kami sangat berterima kasih ! Hee*

Lastly, dapat makan je.
*McD Kuching International Airport. Tu McD yang paling dekat :) *


*****
PERINGATAN PENTING !

Kepada penyewa-penyewa kereta,
tak salah rasa nya kalau isi minyak yang dapat membantu penyewa seterusnya untuk sempat sampai ke petrol station. Bayangkan kalau korang yang tersadai macam ni & tak ada siapa yang
dapat datang membantu. Lagi sadis, kalau kena waktu malam :)

Sunday, 27 May 2012

iPod Nano & myHarapan ツ

Bila kali terakhir korang menang lucky draw? 
Oke. Ni cerita pendek & tak teratur 15 Mei 2012 

 Tengah hari 
Lunch dengan As, Aisyah dan Izzah *mommy-wanabe. hee* kat Student Pavilion *nama cafe yep. bukan shopping mall. class gitu*. Nampak ada booth. Tak pasti pameran apa. Abang dari booth tu datang kat meja kitorang bagi borang lucky draw. Kena jawab soalan sket *jawapan ada kat banner* dan soalan questionnaire. Abang tu explain skali petang nanti dorang draw, dalam pukul 5. Kalau lucky dorang call. Oke bang, lepas makan kitorang isi.

Kat borang tu ada tulis hadiah lucky draw : iPad x 2, iPod Nano x 4, pendrive x 3.

iPad?? Woahhh. Nak beli sendiri bajet belum cukup. Kalau dapat free, memang rezeki kan. Kenal iPad dengan pendrive je. iPod Nano?? Herm. Macam tak berape pasti. 
Bukan kaki gadget. Theehee~

Makan - jawab soalan - hantar - balik fakulti dengan semua orang ber-perasaan, 
"Agakagak dapat ke call dari dorang?". Hehe.

 Petang 
Pergi Student Pavilion lg, dengan Izzah, Atus dan Kak Ira. Rasa nak makan sangatsangat sbb 'gembira' dapat result midterm yang 'sangat cemerlang' *tipu je. tak happy dan tak berapa cemerlang* -.-' Da dapat makanan, duduk kat meja. Tunggu atus. Tibetibe dapat call. Nombor tak kenal. 012 - 9xx xxxx * alaa. nombor abang tu da terdelete :( *

>>>
Pemanggil   : Hello. Ni Cik Faridah?
Cik Faridah : Ye saya.
Pemanggil   : Saya call dari....lucky draw...Faridah dapat iPod Nano bla bla bla...
<<<

Oke. Da tak fokus pun dye cakap apa. Denga lucky draw + iPod Nano je. HAHA.

Kebetulan tyme tu memang duduk kat meja dekat dengan booth tu. Terus pergi tuntut hadiah. Sampaisampai, bole pilih warna. Ada hijau, biru, silver
Terus amek hijau, warna kegemaran. Ouhhh. Ini rupanya iPod Nano.

Alhamdulillah. Syukur, Ya Allah. Da lama da nak beli music player tapi tak belibeli. Sekali Allah bagi rezeki gadget Apple terus. Tambah pulak dapat warna kegemaran, HIJAU. Hee. Tu lah orang cakap, tuah & rezeki ada kat manamana. Kita tak tau. 
Nak cakap thanks kat Steve Job sebab cipta gadget comel ni tapi beliau da takda. Ngee.

Anyway, a BIG thanks to Youth Action Grant & Youth Defined !
Readers, do visit their website for more information :  http://myharapan.org/ 
Kalau takda CampusTour ni, mungkin kami pun tak tau tentang semua ini.


TERIMA KASIH ! 



*main page myHarapan. promote sket. da bagi hadiah kan. HEHE*
*Kami ber-empat da angkat bawak balik semua iPod Nano ni. Hehe*
*Ini iPod Nano. 4cm x 3.5cm x 0.5cm. Ukur pakai pembaris. Ngeh*

*****
Rezeki ada di manamana. Berusaha dan jangan berputus asa.
Moga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan kalian.

*****



Saturday, 12 May 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.

Ucap SELAMAT DATANG kat diri sendiri ke dunia blog !


*big.applause*


Thank you. Thank you :D
Syok sendiri. Orang lain da berkurun kot ade blog. HAHA.

Teruja. Teruja.


gambar: curik kat pakcik google je. hehe.

'WELCOME' kat diri sendiri in various languages:


Ahlan wa sahlan [Arabic]


Bienvenue [French]


Yôkoso [Japanese]


Benvenuto [Italian]


 환영합니다 (hwan yung hap ni da) [Korean]


ยินดีต้อนรับ (yindii ton rap) [Thai]


*****


Sekian, kelas bahasa. Theehee :p


*****


Blog simple je. Tak kreatif dan inovatif. Janji bole taip - baca - faham :D






 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com