Showing posts with label Kebersihan. Show all posts
Showing posts with label Kebersihan. Show all posts

Thursday, 28 November 2013

Kempen Kebersihan & Kesihatan

[Antara cara untuk menjaga kebersihan & kesihatan -- basuh tangan dengan betul || sumber gambar ]

Harini masuk tandas kat fakulti, nampak poster comel cantik  "Jom Basuh Tangan."
Haritu masuk tandas kat library, nampak poster kecil comel cantik "Jaga Kebersihan Tandas, Tandas Bersih Kita Sihat". Ah, lebih kurang macam tu lah ayat dia.
Hari hari sebelum ni pun ada nampak poster kecil comel cantik lagi "Jaga Kebersihan Tandas", "Jom Basuh Tangan" di tandas-tandas awam di luar kawasan universiti.

Ouh, teruja sungguh tengok semangat kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan & kesihatan ni.

Yang menyinggah keluar masuk tandas ni, selepas selesai melakukan segala 'aktiviti' yang berkaitan, dengan penuh semangat waja menekan-nekan sabun basuh tangan yang kebiasaan ada melekat kat dinding tandas tepi tepi cermin dan sinki tu. Kononnya turut bersemangat nak menyahut seruan kempen untuk menjaga kebersihan dan kesihatan.

Tapi........

Puas tekan tekan sabun basuh tangan tu, setitik sabun pun tak keluar. *cehhh~*

Tisu?

Tisu pun sama. Tisu dah jadi 'halimunan'. Tak nampak sekeping pun dalam tandas tu. Ah, kalau diletak tisu pun, orang awam ni kemain tarik tisu tu tak hengat dunia.

Terus hilang semangat waja tadi.

Kalau ada sabun disediakan pun, siap komen tak best lah, tak wangi lah -.-'

Mungkin kempen kebersihan tu patut diubahsuai sikit atau ditambah dengan kempen "Sebotol Kecil Sabun & Tisu Ke Mana Sahaja". Hehehe.

.
.
.
*krik krik*
.
.
.

Dah, dah. Kita ada cara untuk mengelakkan kekecewaan seperti di atas berlaku lagi dan jangan terlalu bergantung dengan kemudahan yang sedia ada. Khas untuk mereka yang begitu prihatin bab bab sabun tisu bagai ni. Bukan semua tandas atau tempat makan yang kita pergi tu jenis bertaraf 5 bintang.
Yang tak prihatin tu? Ah, baca jugak. Kot kot korang akan menjadi lebih prihatin lepas ni.

1. Apa kata korang cari botol botol kecil yang comel, yang ala ala besar hand sanitizer tu. Beli kat watson ke guardian ke. Atau pun korang boleh recycle botol-botol sabun comel yang korang dapat kat hotel. Bersihkan botol tu.

2. Lepas tu, pilih sabun yang paling wangi & paling korang suka yang ada kat rumah.

3. Isi dalam botol comel.

4. Kalau rajin, cari pouch comel yang kalis air & letak botol tu dalam beg comel. Tujuan? Kot kot botol sabun korang terpercik air, takde lah beg korang basah bila korang simpan balik botol comel dalam beg.

5. Sertakan tisu dalam beg. Nak bawak tisu 10 peket pun, sukati lah.

Senang kan? Dah tak payah nak merungut lagi dah lepas ni kalau tak jumpa sabun & tisu setiap kali korang keluar masuk tandas atau sebelum dan selepas makan. Dan boleh kongsi guna dengan rakan-rakan & keluarga.
Sharing is caring :)

Atau pun...

Mungkin korang boleh standby wet tissues dalam beg?

Atau pun...

Rasa alternatif kat atas tak masuk akal & menyusahkan? Best nya kalau ada orang lain yang nak kongsi idea mereka sekali kalau ada alternatif lain :)

Atau pun...

Ada yang nak suarakan hal ni kepada kerajaan? Ikut lah. I tak terror bab bab politik ni. Hee~

Tak kesah lah, ikut lah nak ikut cara mana pun yang senang. Janji jaga kebersihan.


*pesanan ikhlas dari saya: rakyat yang konon-konon prihatin*


 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com