Thursday, 28 November 2013

Kempen Kebersihan & Kesihatan

[Antara cara untuk menjaga kebersihan & kesihatan -- basuh tangan dengan betul || sumber gambar ]

Harini masuk tandas kat fakulti, nampak poster comel cantik  "Jom Basuh Tangan."
Haritu masuk tandas kat library, nampak poster kecil comel cantik "Jaga Kebersihan Tandas, Tandas Bersih Kita Sihat". Ah, lebih kurang macam tu lah ayat dia.
Hari hari sebelum ni pun ada nampak poster kecil comel cantik lagi "Jaga Kebersihan Tandas", "Jom Basuh Tangan" di tandas-tandas awam di luar kawasan universiti.

Ouh, teruja sungguh tengok semangat kesedaran rakyat Malaysia terhadap kebersihan & kesihatan ni.

Yang menyinggah keluar masuk tandas ni, selepas selesai melakukan segala 'aktiviti' yang berkaitan, dengan penuh semangat waja menekan-nekan sabun basuh tangan yang kebiasaan ada melekat kat dinding tandas tepi tepi cermin dan sinki tu. Kononnya turut bersemangat nak menyahut seruan kempen untuk menjaga kebersihan dan kesihatan.

Tapi........

Puas tekan tekan sabun basuh tangan tu, setitik sabun pun tak keluar. *cehhh~*

Tisu?

Tisu pun sama. Tisu dah jadi 'halimunan'. Tak nampak sekeping pun dalam tandas tu. Ah, kalau diletak tisu pun, orang awam ni kemain tarik tisu tu tak hengat dunia.

Terus hilang semangat waja tadi.

Kalau ada sabun disediakan pun, siap komen tak best lah, tak wangi lah -.-'

Mungkin kempen kebersihan tu patut diubahsuai sikit atau ditambah dengan kempen "Sebotol Kecil Sabun & Tisu Ke Mana Sahaja". Hehehe.

.
.
.
*krik krik*
.
.
.

Dah, dah. Kita ada cara untuk mengelakkan kekecewaan seperti di atas berlaku lagi dan jangan terlalu bergantung dengan kemudahan yang sedia ada. Khas untuk mereka yang begitu prihatin bab bab sabun tisu bagai ni. Bukan semua tandas atau tempat makan yang kita pergi tu jenis bertaraf 5 bintang.
Yang tak prihatin tu? Ah, baca jugak. Kot kot korang akan menjadi lebih prihatin lepas ni.

1. Apa kata korang cari botol botol kecil yang comel, yang ala ala besar hand sanitizer tu. Beli kat watson ke guardian ke. Atau pun korang boleh recycle botol-botol sabun comel yang korang dapat kat hotel. Bersihkan botol tu.

2. Lepas tu, pilih sabun yang paling wangi & paling korang suka yang ada kat rumah.

3. Isi dalam botol comel.

4. Kalau rajin, cari pouch comel yang kalis air & letak botol tu dalam beg comel. Tujuan? Kot kot botol sabun korang terpercik air, takde lah beg korang basah bila korang simpan balik botol comel dalam beg.

5. Sertakan tisu dalam beg. Nak bawak tisu 10 peket pun, sukati lah.

Senang kan? Dah tak payah nak merungut lagi dah lepas ni kalau tak jumpa sabun & tisu setiap kali korang keluar masuk tandas atau sebelum dan selepas makan. Dan boleh kongsi guna dengan rakan-rakan & keluarga.
Sharing is caring :)

Atau pun...

Mungkin korang boleh standby wet tissues dalam beg?

Atau pun...

Rasa alternatif kat atas tak masuk akal & menyusahkan? Best nya kalau ada orang lain yang nak kongsi idea mereka sekali kalau ada alternatif lain :)

Atau pun...

Ada yang nak suarakan hal ni kepada kerajaan? Ikut lah. I tak terror bab bab politik ni. Hee~

Tak kesah lah, ikut lah nak ikut cara mana pun yang senang. Janji jaga kebersihan.


*pesanan ikhlas dari saya: rakyat yang konon-konon prihatin*


Sunday, 20 October 2013

Kerana Karipap.

Ini cerita Sabtu pagi yang lepas yang lepas lagi punya.

---

Saya, Ayu & Kak Kis berjalan kaki ke gerai jual kuih di tepi jalan sebelum pergi ke kedai beli sayur. Kat gerai kuih tu, excited nampak ada baaanyak karipap ! Yeah ! Karipap inti ayam ada, inti sardin ada, inti daging ada, inti kentang ada.

Masing-masing beli karipap berlainan inti, nanti boleh kongsi tukar-tukar rasa.

Lepas beli kuih-muih, jalan kaki ke kedai jual sayur. On the way tu, jamah karipap yang nampak sedap tu dan memang sedap ! Nyummm !

Kak Kis offer karipap ayam kat saya. Saya ambil satu.

Baru nak jamah karipap ayam, kitorang nampak seekor anjing follow dari belakang. Huwaaa ! Apa ni apa ni pagi pagi da ada peminat follow niii. Memasing da berdebar-debar. Nak lari kang takut anjing tu lagi kejar.

.......

Jalan laju-laju~

Kak Kis : Bagi karipap tu kat anjing tu !
Ayu :  Jangan ! Jangan ! Nanti anjing tu lagi kejar kita.
Eyda :  *tenung karipap ayam kat tangan* Baru nak jamah karipap ayam yang tinggal sekeping kat tangan niiii... -.-'

Jalan laju lagi~

Kak Kis : Bagi karipap.
Ayu :  Nanti anjing tu lagi ikut kite.
Eyda :  *tenung karipap ayam kat tangan* Nanti kempunan nanti.....

Terus jalan laju~

Eyda :  Okay la okay la. Kita share karipap eh doggie? *belah karipap tu dan sebelah karipap terus baling kat beliau*

Dan terus lari laju laju !

.......

Toleh belakang.

Anjing makan karipap dan tak ikut kitorang dah.

Legaaaa ! First time ni kena kejar anjing. Pagi pagi da jogging peluh peluh. Sabar je lah..... -____-


Macam ni la color anjing tu, macam ni. Sama sebijik -.-'

Apa ni entry cerita kena kejar pulak ni? o_O
Selingan je ni, selingan je. Nak share trip kat Kuching, Sarawak sebenarnya. Sekali dengan konvoi raya haji. Tap nanti bila berkesempatan. Ngehhh~

Saturday, 23 February 2013

Buaian

Suatu petang...

*Kriok krekkk kriok krekkk....*

Eyda     :  Buai kite ni da bunyi bunyi lah, bu.
                Kite letak minyak eh nanti, bu?

Ibu        :  Hmmm. Takpe lah. Biar je. Takyah letak minyak.

Eyda     :  Nape bu? Tak syok main buai ade bunyi.

Ibu        :  Nanti boleh tau kalau ade orang tengah main buai.

Eyda     :  Tapi..buai tu paling dekat dengan bilik eyda.
                Kalau buai tu bunyi pukul 2, 3, 4 pagi? Ibu saje je kan -.-'

Ibu        : ^_^

Saturday, 26 January 2013

Pengukur Kejayaan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

[ Sumber gambar ]

Bagaimana kejayaan seseorang diukur
Guna pembaris papan yang panjang 1 meter macam zaman sekolah rendah dulu? Atau guna pita pengukur yang selalu tukang jahit gunakan itu? Atau pita pengukur yang selalu digunakan oleh tukang rumah? Tak pun pakai tali rafia atau tali tangsi saja.


Dan sekali lagi, bagaimana kejayaan seseorang itu diukur


Dengan menjadi jutawan, sudah boleh dikira berjaya dari segi harta? Dengan memperoleh PhD dan bergelar profesor, sudah boleh dikira berjaya dari segi akademik? Dengan menjadi usahawan berjaya, sudah boleh dikira berjaya dari segi harta juga? Erm. Mungkin boleh. Itu kejayaan khusus dari segi pemilikan harta atau akademik sahaja. 



Tapi, bagaimana dengan kejayaan secara keseluruhan kehidupan seseorang?



Apabila melihat semua anak-anak dalam sesebuah keluarga berjaya belajar hingga ke menara gading dan berjaya menjawat jawatan tinggi di dalam bidang pekerjaan masing-masing, adakah ibu bapa mereka dikira sudah berjaya di dalam kehidupan kerana berjaya mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya? Adakah itu boleh dikira pengukur kejayaan?



Bagaimana dengan akhlak? Jika pekerjaan sudah bagus, menjawat jawatan tinggi tetapi akhlak entah ke mana, tidak tahu menghormati orang lain atau orang yang lebih tua, adakah itu dikira berjaya dalam kehidupan? Boleh jadi pengukur kejayaan?



Dari segi ilmu agama pula? Jika telah menjadi usahawan berjaya, memiliki beberapa buah syarikat tetapi amalan seharian yang wajib (cth: solat lima waktu, puasa) gagal untuk dilaksanakan, berjayakah itu?



Habis, mereka yang baik budi pekerti tetapi hanya kerja biasa biasa saja, tidak dikira berjaya di dalam kehidupan? Dipandang rendah? Diperlekehkan?



Ahh. Kenapa aku complicatedkan topik ini.



Jadi....



Bagaimana PENGUKUR KEJAYAAN yang sebenarnya bagi.
Kejayaan yang boleh mengelakkan kita daripada dipandang rendah lagi, atau ditindas sesuka hati, atau diperlekehkan, atau dipandang tidak bernilai, atau dianggap loser..



"Andai aku bukan CEO,
apa aku dikira tidak berjaya?
Andai aku tidak dapat 4.0,
apa aku dikira tidak berjaya?
Andai aku tidak punya kereta BMW,
apa aku juga dikira tidak berjaya?"




Herm....



[ Sumber gambar ]


*****

Yang pasti,
diri sendiri masih terumbang-ambing,
diri sendiri masih terkapai-kapai,
diri sendiri masih perlukan bimbingan.

Dan,
semoga anda semua berjaya mencapai cita-cita.

*****







Thursday, 3 January 2013

Dua Tangan


Awak.
Kita ada dua belah tangan.
Satu kiri dan satu kanan.
Cuba awak satukan tangan awak dengan satu genggaman.
Sambil hadiahkan satu senyuman.
Dan kedua-dua belah mata, awak cuba pejamkan.
Tarik nafas dalam dalam dan hembus keluar perlahan-lahan.


Dalam hati dan juga fikiran, 
awak cuba buangkan segala perasaan yang menyeksakan,
tolak tepi sekejap segala masalah yang merumitkan.
Awak gantikan dengan perasaan,
 yang boleh memberi semangat dan menggembirakan.
Orang sekeliling yang dah jatuhkan awak, awak jangan hiraukan !
Diri awak yang perlu diutamakan.


Bila awak keseorangan,
Awak cuba buat apa yang saya dah pesan.


Tapi,
bila hadir awak punya teman kesayangan.
Awak cuba satukan tangan awak dengan teman.
Dan bila teman awak hadiahkan pula satu pelukan,
awak akan dapat rasakan,
yang awak sememangnya tidak keseorangan.
Air mata awak yang jatuh,
biar teman yang bantu lapkan.




*****
Pinjam lappy rakan sebilik untuk post entri ini. Hihii. Lappy sendiri masuk klinik :(
Credit sikit --> Roomate tersayang, Sis Nazirah :)


 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com