Sunday, 24 June 2012

Lelaki Itu Susah

Sumber: http://saffoffighters.blogspot.com/

Hari ni nak 'salin dan tampal' jep ( copy and paste ). Sila baca dengan gigih. Jumpa kat blog classmate sayang ; http://izzahizzatihamzah.blogspot.com. Dia pun 'salin dan tampal' dari facebook tapi lupa link. Theehee~ Ehh. Izzah saya da balik semenanjung lah. Sedey :( Tak tahu lagi bila dapat jumpa mommy-wanna-be ni. Jaga diri ya. Sebab rindu, saya stalk blog kamu dan curi ini.... :D


Lelaki itu susah.
Jika kamu melayannya dengan baik,
Dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak,
Kamu akan dianggapnya sombong.

Lelaki itu susah.
Jika kamu berpakaian cantik,
Dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya,
Jika tidak,
Dia kata kamu kekampungan.

Lelaki itu susah.
Jika kamu berdebat dengannya,
Dia kata kamu keras kepala,
Jika kamu berdiam diri,
Dia kata kamu tidak ada IQ tinggi.

Lelaki itu susah.
Jika kamu lebih pintar daripada dia,
Dia akan jatuh air muka,
Jika dia yang lebih pintar,
Dia bilang dia hebat.

Lelaki itu susah.
Jika kamu tidak cinta kepadanya,
Dia akan cuba mendapatkan kamu bermati-matian,
Jika kamu mencintainya,
Dia akan cuba meninggalkanmu.

Lelaki itu susah.
Jika kamu beritahu dia masalahmu,
Dia kata kamu menyusahkan,
Jika tidak,
Dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

Lelaki itu susah.
Jika kamu cerewet kepadanya,
Dia anggap kamu seperti seorang pengasuh,
Jika dia cerewet kepadamu,
Itu kerana dia mengambil berat.

Lelaki itu susah.
Jika kamu mungkir janji kamu,
Kamu tidak boleh dipercayai,
Jika dia yang ingkari janjinya,
Dia melakukannya kerana terpaksa.

Lelaki itu susah.
Jika kamu menyakitinya,
Kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu,
Itu kerana kamu terlalu sensitif
Dan terlalu susah untuk dijaga hati.


*****


Tapi, saya percaya, tak semua lelaki sama kan ?
Moga Allah bagi yang terbaik buat saya dan kalian semua.
Yang dapat membimbing, yang dapat menjadi Imam buat kamu.
Insya-Allah.






Sunday, 10 June 2012

Kuarantin

Masuk dewan peperiksaan *tak berapa nak dewan sangat lah. ala ala besar kelas pun ye* pukul 11 pagi Sabtu dengan diiringi pengawas peperiksaan *kakak general office fakulti*. Ouh. Penuh. Ramai rupanya tengah exam. 


Duduk sorang-sorang, meja paling depan, betul-betul depan dinding *nak cium dinding pun boleh*, betul-betul sebelah meja pengawas peperiksaan 
-.-' 
Kedudukan yang tak pernah jadi idaman pun sepanjang hidup ambil final exam kat sini. Selalu nak duduk belakang ke, tepi ke, tengah ke. Heheh.


Dan mesti semua orang yang tengah exam mesti pelik, "Lambat gile budak ni datang exam. Orang lain semua start exam pukul 9 pagi. Takkan budak ni tertido kot?"


Tak tak. Tak terlajak tido pun. Itu lah ciri-ciri istimewa untuk orang yang kena kuarantin masa final exam ye; masa exam istimewa, tempat duduk istimewa, layanan istimewa, pandangan 'istimewa' daripada student lain yang tengah exam. Hahaa. Kena kuarantin bila ada dua subjek atau lebih, clash dalam jadual final exam *saye clash due subjek je ;) *.


p/s: 1st time di kuarantin. Ingat orang sakit je ada kuarantin ni? Theehee~


* gambar tak berkaitan. hee *


Wednesday, 6 June 2012

K.A.W.A.N

Apa itu kawan ?
Macam-macam kita boleh definisikan
Boleh kata kawan itu teman
...
Teman sepermainan
Teman seperjuangan
Teman lepak bila tengah bosan
Teman masa kita nak buat kenakalan atau kejahatan
* HARHAR. gelak jahat :p *
Teman kita layan perasaan
Teman bila kita perlukan sokongan
Teman masa kita kesedihan
Sama-sama teman kita ketawa masa kita tengah kegembiraan
Bila kita dillanda masalah tapi tak tahu nak share dengan siapa kan
Teman datang pinjam kan deria pendengaran
Sambil bagi kata-kata semangat ber-tan tan
Ouh, macam-macam jenis teman !


Tapi yang paling tak boleh tahan
Bila teman tu jadi kita punya lawan
Lagi pedih, bila kawan makan kawan
Sakit ! Sangat sakit, tak dapat nak digambarkan


Mana kita dapat ramai-ramai kawan ?
Eheh, kenal masa kita masih budak hingusan
Atau pun dah masuk sekolah rendah kebangsaan
Ada yang masa tengah dalam tingkatan
Bertambah kawan bila kita lanjutkan pelajaran
Sama jugak bila dah mula masuk alam pekerjaan
Tak pun, guna saje segala kemudahan
Zaman sekarang dah canggih kan
Aaa... Terlanggar bahu kat tepi jalan ?
Pun dah boleh start berkenalan


Tapi kalau lelaki sengaja langgar bahu dengan perempuan ?
Lepas tu minta maaf habis-habisan
Lepas tu phone number bertukar tangan
Macam nak mengurat lah pulak kan
Lepas tu lagi, keluar berpacaran
Last last, sampai ke alam perkahwinan
Erkk ?? Apa yang ku mengarut kan ?
* HAHA ! *


Kadang-kadang kan, kita tak perasan
Selain keluarga yang kita kena utamakan
Kawan pun penting dalam kehidupan
Terpulang pada kita macam mana nak berkawan
Asal kan kita tak tersilap pilih kawan
Yang boleh hancur kan kita punya masa depan


BINTANG, itu yang kita boleh umpama kan
Buat mereka yang bergelar KAWAN
Walaupun kadang-kadang dia hilang dari pandangan
Sebab siang dan malam saling bertukaran
Tak pun dilindungi oleh awan-awan
Tapi dia tetap ada kat atas sana, kita memang tahu kan ?
Macam tu jugak dengan kawan
Sentiasa ada bila kita memerlukan


Kawan,
Walaupun masing-masing dah berjauhan
Jangan sekali-kali dilupakan
Jangan sekali-kali putus hubungan
Ada masa free, boleh keluar jalan-jalan
Borak-borak, lepak-lepak, makan-makan


Ouh, lagi satu pesanan.


Bila kita berkawan,
Kena sertakan keikhlasan
Supaya beroleh keberkatan
Walaupun racun yang kawan taburkan
Tetap madu kita beri sebagai balasan
Dan tak salah bagi pujian kat kawan
Tapi bukan penghinaan
Hargai kawan
Terima kawan seada nya, segala kelebihan dan kekurangan


Moga persahabatan
Akan terus berkekalan
Walaupun bila sampai masa yang telah ditetapkan
Nafas terhenti, mata tertutup rapat dan anggota tidak lagi dapat digerakkan
Doa masih boleh dititipkan


*****


Nota lama, nukilan sendiri, taip semula dan buat sedikit perubahan.
Dedicate juga kat saya punya kawan-kawan.
Terima kasih jadi kan saya salah seorang kamu punya kenalan dan teman.
Minta maaf kalau ada kesalahan dan kesilapan.
Saya sayang saya punya kawan-kawan.


:)




Monday, 4 June 2012

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Cepatnyaaa masa berlalu. Dah nak final exam, dah nak habis satu semester. Meh nak kongsi dengan semua doa pendek ni yang saya jumpa kat internet *lupa copy link dye. maaf ! huu*. Mungkin ada yang dah hafal & dah lama amalkan. Mungkin ada yang dah hafal tapi dah lupa balik. Mungkin ada yang belum hafal dan baru nak cuba amalkan. Mungkin juga ada yang belum tahu. Takpe. Belum terlambat lagi. Tak semestinya tyme exam saje baru nak baca. Ringkas saje. Insya-Allah kalian boleh hafal :)

# kalau ada salah ejaan ke ape ke kat doa/terjemahan ni, sila tegur ya :)



a) Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ
Terjemahan“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”



b) Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ
 Terjemahan“ Ya Allah, Lapangkanlah dada (jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.” 


*****


Semoga kalian berjaya dalam peperiksaan !
Mudah-mudahan kalian dapat mengulangkaji pelajaran dengan baik.
Moga Allah mempermudahkan kalian untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti, termasuk diri saya sendiri.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.


* sumber :  http://www.diskusimaya.com :) *


Saturday, 2 June 2012

Anda Tidak Bersendirian ツ


Di saat anda rasa diabaikan,
Rupanya masih ada yang cuba memberi perhatian,
Mungkin dalam diam, mungkin juga depan-depan,
Perhatian yang cuba nak ditunjukkan,
Mungkin dengan tinggalkan pesanan,
Mungkin buat panggilan,
Atau hanya dengan melihat dari kejauhan,
Dan mendoakan anda moga diberi kesejahteraan.



Bila anda rasa keseorangan,
Jangan takut, jangan fikir bukan-bukan,
Anda sebenarnya tidak bersendirian,
Masih ada yang sudi untuk teman.



Percayalah dengan penuh keyakinan :)



Dan terima kasih tak terhingga kepada yang berkenaan,
Anda buatkan saya rasa tersentuh dan sedar hidup ini ada keistimewaan,
Setinggi-tinggi perhargaan !


*****


Dan...
Bila berbicara tentang hal kerohanian,
Ya, hanya kepada Allah kita panjatkan kesyukuran dan meminta pertolongan,
Setiap perkara yang terjadi, telah berada di dalam perancangan,
Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah yang memberi sejuta keindahan,
Dan...
Allah tidak membiarkan kita bersendirian :)


Friday, 1 June 2012

Gayu Guru Gerai Nyamai

1 Jun 2012.
Selamat Hari Gawai

Gayu Guru Gerai Nyamai (long life, health and prosperity) 


:)


Bila duduk di Sarawak, terasa kemeriahan mereka nak sambut Hari Gawai.
Banner Hari Gawai, promosi Hari Gawai, cuti umum Hari Gawai.

Hari ni hari Jumaat, cuti umum sempena Hari Gawai.
Kalau kat semenanjung, tak cuti kan?
Tak ada rasa kemeriahan macam ni kan?
Em, check kalendar.
Ouh. Sambutan Hari Gawai 2 hari.
Means cuti sampai hari Isnin lah ni? Lama nya cuti.
Seronok lah cuti. Hee.

Dan semalam kelas terakhir untuk semester ni.
Ramai warga U awal lagi da balik cuti.
Semalam da rasa sunyi.

Betulbetul rasa macam nak cuti Hari Raya / Tahun Baru Cina.
Seriously jakun dengan suasana nak sambut Hari Gawai kat sini. 

Meh tinggal kat Sarawak, baru dapat feel. HEHE.


* terima kasih Google Images :) *


*****
Untung juga sekali sekala berada di negeri orang.
Belajar banyak perkara baru :)


Bersantai di Roundabout

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sharing the sweet moment.
Since some of them will be graduated soon. Insya-Allah.
*nanti tah bila dapat keluar sama macam ni lagi. he*

*picture on the top and most right. from the left : atul . kak yati . kak laily . kak wa*

Ouh. Macam bergambar kat kawasan lapang mana tah. Nampak hijau je.
Keluar yang tak berapa dirancang. Berjalan-jalan di waktu petang 
*few days ago*.
Nak pergi makan & beli barang kata nya.
Ikut saje. Pertama kali keluar dengan mereka. Hee.
Snap gambar sana  sini. Senyumsenyum, gelakgelak.

Tapi hakikat nya,

*ini kawasan roundabout ya. diulang. kat tengah roundabout. huu*

Sedang tersadai kat roundabout laaa...
* roundabout kat sini luas-luas bole main bola sepak :D *
Kereta sewa la ni, habis minyak pulak.
Kat depan U lagi, tak sempat sampai petronas pun. Sobbbs !
Call owner kereta, lambat respon. Ada hal agak nya.
At last, I managed to ask some help from a guy. Just wait for him.

Hampir satu jam kat situ.
Alhamdulillah. That guy sampai. Baru habis kelas katanya
Rasa bersalah. Sure dye berkejar kan? Nak pergi beli minyak lagi. Huu.
Bayar duit dye tolong belikan minyak. Bayar extra. Ikhlas kami belanja.
Tapi dye tolak. Ikhlas membantu. Ambil duit beli minyak je.
So kind of him ! Thank you so much !
Moga Allah murahkan rezeki kamu.
*kalau lah bole letak details that guy kat sini sebab kami sangat berterima kasih ! Hee*

Lastly, dapat makan je.
*McD Kuching International Airport. Tu McD yang paling dekat :) *


*****
PERINGATAN PENTING !

Kepada penyewa-penyewa kereta,
tak salah rasa nya kalau isi minyak yang dapat membantu penyewa seterusnya untuk sempat sampai ke petrol station. Bayangkan kalau korang yang tersadai macam ni & tak ada siapa yang
dapat datang membantu. Lagi sadis, kalau kena waktu malam :)

 

Blog Template by BloggerCandy.com - Background Image by TotallySevere.com